SMIHJB | PERSEMBAHAN BERSAMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026🇲🇾✨29 OGOS 2026 (SABTU)KULAI, JOHOR

Alhamdulillah, telah selesai berlangsung Program Persembahan Bersama Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 anjuran bersama SM Foon Yew Kulai dan SMIH JB.

Bermula seawal 11.30 pagi hingga 4.30 petang, murid-murid SMIH telah menjayakan persembahan tarian zapin dan alunan kompang yang memukau di tiga lokasi utama:

1. The Commune Lifestyle Mall
2. AEON Mall Kulai
3. IOI Mall Kulai

Program jelajah ini menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat semua murid dan guru, di samping memupuk semangat perpaduan dan persefahaman silang budaya yang erat merentas kaum.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SM Foon Yew Kulai, guru-guru pengiring, ibu bapa serta orang ramai yang hadir memberikan sokongan padu sepanjang program berlangsung.

Guru Pengiring SMIH JB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda