Alhamdulillah, pada Selasa, 22 April yang lalu, telah berlangsung 2 sesi majlis ilmu guru yang dijalankan secara serentak dan selari untuk guru-guru SMI Hidayah JB.
Sesi 1 menampilkan Puan Nurul Wahida bt Nawawi yang berkongsi berkenaan tajuk “Membesarkan Generasi Hebat, Fahami Perkembangan Awal Kanak-kanak”. Sesi ini melibatkan guru-guru yang mempunyai anak kecil. Perkongsian sekitar perkembangan awal kanak-kanak ini telah membuka mata di mana banyak tips telah dikongsikan merangkumi 7 skop perkembangan kanak-kanak.
Sesi 2 pula menampilkan Pn Sarah Hamizah bt Zainal Abidin yang berkongsi berkenaan tajuk “Pengurusan Emosi”. Sesi ini melibatkan semua guru selain yang terlibat dengan sesi 1. Guru-guru telah didedahkan berkenaan aspek pengurusan emosi disamping semua guru telah melakukan beberapa ujian yang berkaitan dengan psikologi.
Semoga perkongsian melalui Majlis Ilmu Guru ini dapat membantu guru-guru dalam menjalani kehidupan dengan lebih cemerlang insyaAllah.





