Pada tarikh 6 dan 7 Jun 2024, telah berlangsung program Mabit dan Daurah bagi murid Tingkatan 4 QAF 27. Seramai 87 murid banin dan 76 murid banat telah hadir. Objektif mabit dan daurah kali ini antaranya untuk memupuk pimbinaan jati diri yang soleh wa musleh dan membina sifat dan akhlak jujur sebagai seorang muslim.
Penyampai pengisian program mabit kali ini ialah Ustaz Taufiq, guru SMIH JB dengan tajuk Tarbiyah Dzatiah manakala pengisian daurah bertahuk Jujur, Bahaya Berbohong disampaikan oleh alumni Acrux.
Program ini dikendalikan oleh MT Batch Qaf 27 di bawah bimbingan Guru Penyelaras Tarbiah Tingkatan 4 yang terdiri daripada Ustaz Mohd Fikri Abd Rahman, Ustazah Hilsha Hashim Ustazah Khadijah Salim dan Ustazah Nurul Liyana Baharuddin serta guru mentor Tingkatan 4.
Semoga murid memperoleh manfaat daripada program ini untuk membina diri menjadi individu muslim yang soleh dan musleh.





