Pada 7 dan 8 Disember yang lalu telah dilaksanakan program MABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa) bagi pelajar Ting 2 Sekolah Menengah Islam Hidayah (Batch 28). Ini adalah program MABIT ke 3 dan terakhir bagi tahun ini.
Guru penyelaras tarbiah Tingkatan 2 ialah Ust Nor Kamarul Kalam, Ustzh Farah Hanis, Ustzh Syifaa Mohd Hatta dan Ustzh Nur Aqilah dengan dibantu oleh Ust Asyraf dan Ustzh Aina Afiqah.
Program bermula pada pukul 3.30 petang pada hari khamis dengan taklimat program kemudian diikuti dengan solat Asar dan riadhah petang berbentuk aktiviti membina ukhuwwah. Seusai solat isya’, slot gacor pengisian malam diisi oleh Ustaz Aiman Abdull Rahim dari jam 9-10 malam.
Keesokannya, seawal pukul 4.30 pagi peserta mula bangun untuk melaksanakan Qiamullail. Setelah selesai Khidmat Diri dan sarapan, sesi bergambar diadakan sebelum slot gacor Daurah bertajuk Ghazwul fikr dan Sayonara Jahiliyyah dilaksanakan mengikut katibah. Penyampai daurah pada kali ini adalah Ust Taufiq Jaafar, guru SMIH dan Ustaz Mohd Nor, guru SRIH. Daurah berakhir pada jam 11.00 pagi diikuti dengan gotong royong.
Diharapkan peserta dapat mengaplikasikan segala ilmu yang disampaikan sepanjang mabit dan daurah pada kali ini. Pihak tarbiah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong program seumpama ini yang pastinya menjadi antara faktor dalam pemilihan Sek Men Islam Hidayah buat anak-anak harapan ummah ini. Semoga Allah swt menetapkan kita di atas jalanNya yang benar.