Alhamdulillah thumma alhamdulillah, pada tarikh 10 hingga 14 Disember 2023, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah mengadakan Minggu Kokurikulum 2023 yang berjalan selama 1 minggu. Pelbagai aktiviti dan program telah disusun dengan padat dan bermanfaat untuk semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4.
Antara aktiviti yang berjaya dijalankan ialah BENGKEL MELUKIS, JELAJAH BUKU, SUKAN RAKYAT, MEMANAH, PERTANDINGAN SENI KREATIF, KHIDMAT MASYARAKAT, JUALAN GERAI dan CERAMAH ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING



Perkongsian Buku bersama Khubaib Akhi daripada Seerah Center




Bengkel melukis komik bersama saudari Izzah Farhanah




Aktiviti Sukan Rakyat




Sukan Memanah




Pertandingan Seni Kreatif







Aktiviti Khidmat Masyarakat

Sumbangan daripada Yayasan Pendidikan Hidayah kepada Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan






Jualan Gerai







Forum bersama alumni batch Chromium 24: Hala Tuju/Biasiswa


Ceramah: Pengurusan Emosi

Pada hari terakhir 14 Disember 2023 adalah merupakan Majlis Penutup Minggu Kokurikulum 2023. Pada sebelah pagi diadakan Pertandingan Kawad yang telah disertai oleh wakil pelajar setiap tingkatan. Kemudian, pada rehat pertama semua pelajar berkumpul di Dataran Hidayah bagi menyaksikan persembahan Silang Budaya bersama Sekolah Menengah Persendirian Pei Chun. Antara pertunjukan persembahan ialah Yoyo Cina daripada 2 orang wakil pelajar daripada Kelab Yoyo Cina Sek. Men. Islam Hidayah, Persembahan Kompang daripada pelajar Kelab Kompang Sek. Men. Islam hidayah. Akhir sekali adalah Persembahan Silang Budaya oleh wakil pelajar daripada Sekolah Menengah persendirian Pei Chun iaitu Gendang 24 Musim. Para pelajar dapat mengenali dan mempelajari budaya masing-masing serta dapat mengeratkan hubungan antara sekolah. Pada sebelah petang pula, para pelajar berkumpul di Dewan Tabuk bagi penutup program Roummah dan penyampaian hadiah sepanjang Minggu Kokurikulum 2023 dijalankan.

Pertunjukan Yoyo Cina oleh 2 orang pelajar SMIH iaitu Ahmad Rayyan Zikry (kiri) dan Muhammad Hadif (kanan)




Persembahan kompang





Persembahan Gendang 24 Musim oleh pelajar Sekolah Menengah Pei Chun



Penyampaian cenderamata kepada Cikgu Lim dari Sekolah Menengah Pei Chun

Sesi bergambar


Pertandingan Kawad Kaki






Majlis penutup Roummah



Penyampaian hadiah Minggu Kokurikulum 2023



Akhirulkalam, diharapkan daripada program ini dapat memberi impak positif kepada semua pelajar untuk terus bersemangat dalam apa jua yang mereka lakukan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru bertungkus lumus untuk menjayakan program ini dan jutaan tahniah kepada semua pelajar kerana berjaya melibatkan diri dalam semua aktiviti yang disediakan. Tahniah dan selamat maju jaya!
