SMIHJB | LAWATAN SMPIT AL MADINAH TANJUNG PINANG KE SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU

19 – 27 Mei 2025

Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah menerima kunjungan istimewa daripada SMPIT Al Madinah, Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia dalam satu program lawatan selama seminggu bermula 19 Mei sehingga 27 Mei 2025. Rombongan ini terdiri daripada 3 orang guru pengiring serta 18 orang pelajar, iaitu 9 pelajar lelaki dan 9 pelajar perempuan.
Sepanjang keberadaan mereka di Sekolah Menengah Islam Hidayah, para pelajar telah menginap di asrama sekolah dan menyertai pelbagai aktiviti yang memperkaya pengalaman mereka dari sudut akademik, kokurikulum serta budaya.

Antara aktiviti utama yang telah dijalankan bersama para pelajar ialah:

  • Latihan sukan bersama pelajar Hidayah dalam semangat kesukanan dan ukhuwah.
  • Pengalaman pembelajaran di dalam kelas, merasai suasana pendidikan di Malaysia yang menerapkan pendekatan holistik.
  • Education Trip ke sekitar Johor Bahru melibatkan lawatan ke Kompleks Kraf Johor, Islamic Information Center, Masjid Sultan Iskandar dan Angsana Mall.
  • Persembahan seni dan budaya, memperlihatkan pertukaran budaya antara dua negara serumpun yang kaya dengan warisan masing-masing.

Sementara itu, guru-guru dari SMPIT Al Madinah iaitu Ust Bahrul Ulum, Ust Rudi dan Ustazah Mira Restuti turut berpeluang mengikuti sesi perkongsian dan pertukaran pandangan bersama beberapa unit penting di Sekolah Menengah Islam Hidayah, antaranya:

  • Unit Memanah bersama En Ezaidin Norman
  • Unit Tarbiah bersama En Taufiq Jaafar
  • Unit Kadet Remaja Sekolah (KRS) bersama Cik Hilsha Hashim
  • Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) bersama Pn Hamizah Othman

Program lawatan ini bukan sahaja membuka ruang untuk kolaborasi pendidikan antara dua institusi pendidikan dari negara berjiran, bahkan juga menjadi medan mempererat ukhuwah serta menimba pengalaman berharga dalam suasana pembelajaran yang berbeza. Semoga silaturrahim ini akan terus terjalin dan membawa manfaat bersama pada masa akan datang

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda