SMIHJB | Lawatan Penanda Aras Pusat Pendidikan Al Azhar, Jitra, Kedah

Pada 17 hingga 18 April 2025 yang lalu, seramai 7 orang guru dan pentadbir sekolah dari Pusat Pendidikan Al Azhar, Jitra, Kedah telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Pendidikan Hidayah(PPH),Johor Bahru. Rombongan ini terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, serta Guru Kualiti dan Media/ICT. 5 orang ahli rombongan kemudiannya ke sekolah menengah dan 2 orang pula ke sekolah rendah.

Lawatan ini bertujuan untuk menimba ilmu, berkongsi pengalaman serta memperkasa kemahiran dalam bidang Pengurusan sekolah, Pelaksanaan sistem kualiti pendidikan, Pengurusan Media dan ICT dalam pendidikan.

Sepanjang lawatan rombongan telah diberi taklimat berkaitan struktur pentadbiran, sistem pengurusan kualiti, serta strategi pelaksanaan teknologi maklumat dan media. Selain sesi perkongsian, rombongan juga dibawa melawat sekitar kawasan sekolah termasuk ke asrama pelajar.

Semoga lawatan ini berjaya mencapai objektif utamanya dalam meningkatkan kefahaman terhadap standard pengurusan sekolah berkualiti, sekaligus menjadi sumber inspirasi untuk penambahbaikan di institusi masing-masing.

Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian mengunjungi sekolah kami.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan demi kecemerlangan pendidikan holistik.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda