Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kelancaran dan kejayaan penganjuran Ujian Kenaikan Pangkat KRSM 2025 yang telah berlangsung pada:
Tarikh: 1 – 4 Jun 2025
Tempat: D’AMIR CHALET, Sitiawan, Perak
Peserta: 80 orang pelajar & 2 orang guru pengiring
Program ini bertujuan menilai tahap kemahiran dan kelayakan peserta bagi kenaikan pangkat ke peringkat Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan. Pelbagai ujian dan aktiviti telah dijalankan sepanjang program.
Program ini bukan sahaja menguji keupayaan fizikal dan teknikal para peserta, malah menjadi wadah pembentukan sahsiah, kepimpinan serta semangat ukhuwah antara sekolah MUSLEH.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan program ini, khususnya penganjur, peserta dan para guru pengiring.
Semoga usaha ini diberkati Allah dan menjadi salah satu wasilah pembentukan generasi pemimpin muda Islam yang berdaya tahan, berdisiplin dan berakhlak mulia.










