Pada 11 dan 12 Jun 2025 Sek.Men.Islam Hidayah JB telah menghantar pasukan bola jaring P15 ke Kejohanan Bola Jaring P15 MSSD JB di Velodrome Iskandar Puteri Johor. Sebanyak 35 buah sekolah mengambil bahagian. Alhamdulillah SMIH telah mendapat johan dalam kumpulan dan melepasi perjuangan dalam pusingan kedua sehingga melayakkan diri ke Pusingan Suku Akhir seterusnya ke pusingan Separuh Akhir. Namun SMIH terpaksa akur apabila tewas tipis (7-8) sahaja dengan Sek. Men. Tun Syed Nasir Ismail dalam pusingan ini. Seterusnya, untuk penentuan tempat ke-3 dan ke-4 pertarungan diteruskan dengan laluan mudah untuk meraih tempat ketiga dalam kejohanan ini. Kami bersyukur kerana terdiri daripada 8 pasukan terbaik untuk kejohanan kali ini yang meletakkan SMIH tempat ke-3 daripada kesemua sekolah yang mengambil bahagian. Tahniah untuk para peserta yang mengharumkan nama SMIH JB.
Kebanggaan terserlah setelah dua orang peserta dari SMIH JB diberikan anugerah khusus pemain. ANUGERAH SPORTMANSHIP (SMIH) disandang oleh Qaisara Zarifah binti Abdul Hamid posisi Gol Attack dan ANUGERAH PENYERANG TERBAIK diraih oleh Qaisara Sofya Amani binti Mohd Fariq Aizat posisi Center. Kedua-dua orang peserta ini telah terpilih untuk PEMILIHAN MSSJ.
Terima kasih tidak terhingga kepada Pn. Pengetua yang banyak memberikan sokongan dan kerjasama untuk pasukan kami seterusnya kepada pihak pengurusan SMIH JB, guru-guru, ibu bapa yang telah memberi sokongan dan iringan doa serta kebenaran penyertaan kepada pasukan Bola Jaring P15 MSSD Johor Bahru. Terima kasih kepada Pengurus dan Jurulatih Pasukan Pn. Hanim Jasman. Syabas juga kepada penolong jurulatih pasukan iaitu Cik Ruqayyah Nuruliman Ainullotfi dan Cik Noradilin Abdullah.
Berikut laporan keputusan Kejohanan Bola Jaring P15 MSSD JB 2025:
Peringkat Kumpulan:
Hidayah vs Nusajaya
14-4 (menang)
Hidayah vs Tan Sri Mohamad Rahmat
13-4 (menang)
Hidayah vs Damai Jaya
12-1 (menang)
(JOHAN KUMPULAN)
Pusingan Kedua ( kalah mati)
Hidayah vs Damansara Alif
9-4 (menang)
Suku akhir
Hidayah vs Foon Yew
10-6 (menang)
Separuh akhir
Hidayah vs Tun Syed Nasir Ismail
7-8 (tewas)
Akhir (tempat ke-3)
Hidayah vs Sunway
14-1(menang)
Alhamdulillah SMIH JB menduduki tempat KETIGA dalam Kejohanan Bola Jaeing P15 MSSD JB.


TEMPAT KE-3 BOLA JARING P15 MSSD JOHOR BAHRU
Johan – SMK Tun Fatimah, Naib Johan – SMK Tun Syed Nasir Ismail dan Tempat ketiga – SM Islam Hidayah.

ANUGERAH SPORTMANSHIP SMIH
QAISARA ZARIFAH BINTI ABDUL HAMID
(POSISI GOAL ATTACK )

ANUGERAH PENYERANG TERBAIK
QAISARA SOFYA AMANI BINTI MOHD FARIQ AIZAT
(POSISI CENTER)


PESERTA BOLA JARING P15 MSSD JB