Smihjb | Laporan Program Ujian Kenaikan Pangkat 2026

Assalamualaikum wbt

Pada 2-5 Jun 2026, seramai 102 peserta dari Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah menyertai Ujian Kenaikan Pangkat 2026 bagi pangkat Sarjan, Staf Sarjan dan Pegawai Waran II bertempat di Amir Chalet, Kg Baharu, Setiawan, Perak

Bilangan peserta mengikut pangkat:
Sarjan: 57 orang
Staf Sarjan: 33 orang
Pegawai Waran II: 12 orang

Pelbagai jenis ujian telah dilaksanakan untuk menguji ketahanan peserta dalam menghadapi cabaran termasuk ujian kemahiran kawad, based, bantu mula dan ikatan, orienteering, rakit, kayak, Memanah Tradisional (MeTra), high rope, ekspedisi, street dakwah dan solo camp.

Segala ilmu dan pengalaman yang ditimba akan membentuk peserta kita membina jiwa kental dan menjadi insan rabbani yang sentiasa mengikuti arahan dan meninggalkan larangan Allah swt.

Seluruh warga sekolah mendoakan keputusan cemerlang buat semua peserta dan bakal menjadi penggerak KRS di sekolah dengan penuh amanah dan tanggungjawab

Sekian
Imran Omar
Pengarah/Pengiring UKP 2026
SMIH JB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda