Program Daurah Kepimpinan Pelajar SMIHJB telah berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu, 15 November 2025. Program ini merupakan satu inisiatif Unit pembangunan Qiadah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dalam usaha meningkatkan kemahiran kepemimpinan dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Peseray yang hadir adalah seramai 81orang dan terdiri daripada MT Batch Tingkatan 2 hingga 4, AJK Tertinggi Pusat Sumber, AJK Tertinggi Pengawas Koperas, AJK Ta’amir Musolla dan AJK Asrama.
Dalam Slot 1: Pemimpin dan Kepemimpinan, peserta telah diberi pendedahan tentang ciri-ciri pemimpin berkesan, nilai integriti serta peranan pelajar dalam memimpin komuniti sekolah. Sesi ini menekankan kepentingan visi, tanggungjawab dan akhlak dan mencungkil potensi sebagai asas kepemimpinan berkualiti.
Selepas rehat dan Solat Dhuha, program diteruskan dengan Slot 2: Pengurusan Organisasi yang menumpukan aspek pengurusan masa, komunikasi berkesan dan kerja sama dalam kumpulan. Aktiviti interaktif membantu peserta memahami teknik merancang tugasan serta membina hubungan positif sesama ahli organisasi.
Slot 3: LDK dan Pembentangan memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari melalui perbincangan berkumpulan dan pembentangan idea. Aktiviti ini menggalakkan keyakinan diri, kreativiti serta kemahiran menyelesaikan masalah.
Program diakhiri dengan sesi penutup dan bersurai, di mana peserta diberikan pesanan penghargaan serta motivasi untuk terus mengamalkan nilai kepimpinan dalam kehidupan harian. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dan mendapat maklum balas positif daripada peserta.
Laporan disediakan oleh,
Nur Hidayah Junaidi,
Guru Unit Pembangunan Qiadah
SMIHJB




