SMIHJB | LAPORAN PENYERTAAN PERTANDINGAN”BEYOND ACCOUNTING CHALLENGE 2025″

Tarikh: Sabtu, 26 Julai 2025 
Tempat: Sunway TES Johor Bahru, Iskandar Puteri 

Pada hari Sabtu, 26 Julai 2025, tiga orang pelajar Tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (SMIH JB) telah berjaya melangkah ke peringkat akhir pertandingan Beyond Accounting Challenge 2025 anjuran Sunway TES Johor Bahru. Pelajar yang terlibat ialah:

  1. Muhammad Ikram Zaki Bin Zaini 
  2. Armaan Aqil Bin Mohammed Ackmal 
  3. Muhammad Ariff Zaffron Bin Abdullah 

Pasukan ini telah tersenarai dalam Top-10 terbaik daripada penyertaan sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Pertandingan ini membolehkan penyertaan secara individu atau berkumpulan (3 orang satu pasukan) dan dijalankan secara percuma.

Sebelum ke peringkat akhir, mereka telah menyertai pusingan awal secara dalam talian dari 9 Jun hingga 7 Julai 2025. Pusingan akhir pula menghimpunkan 10 individu dan 10 pasukan terbaik dari pusingan awal.

Pertandingan ini menguji bukan sahaja Prinsip Perakaunan, malah juga pengetahuan dalam ekonomi, etika perniagaan, integriti dan amalan korporat — selaras dengan tema “The Accountant’s Code: Inspiring Trust, Driving Innovation”.

Pada peringkat akhir, walaupun pelajar-pelajar tidak berjaya memperolehi kemenangan,  ksungguhan dan usaha yang ditunjukkan sangat membanggakan pihak sekolah.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang terlibat.

Ucapan terima kasih juga kepada pengetua, penolong kanan akademik, barisan pengurusan sekolah, ketua bidang teknik Dan vokasinal serta guru-guru yang membantu sepanjang pertandingan ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda