Pertandingan Silat Remaja Kebangsaan Johor telah berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026. Seramai lima orang peserta dari SM Islam Hidayah telah mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut. Penyertaan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta untuk mengembangkan kemahiran, keyakinan diri serta semangat kesukanan dalam bidang seni mempertahankan diri. Hasil penyertaan, Muhammad Hanif bin Muhammed Helmee telah berjaya memperoleh pingat perak dalam kategori Bebas 2 (100 kg ke atas). Pencapaian ini amat membanggakan pihak sekolah dan diharapkan dapat menjadi motivasi kepada peserta lain untuk terus berusaha meningkatkan prestasi serta mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan akan datang.

