Batam Open Archery Championship 3rd bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 25 hingga 27 April 2025 bertempat di Vitka Tiban, Batam Center, Indonesia. Pertandingan ini melibatkan penyertaan lebih daripada 30 buah kelab dari seluruh Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei.
Pertandingan ini telah disertai oleh:
- Aleeya Adlynn Ezaidin
- Muaz Mohd Nor
- Muhammad Adam Ikhwan Mohd Hafiz
- Anas Mohd Nor
- Wan Alya Insyirah Wan Khairul Anwar
Seramai lebih 200 orang peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan dalam pelbagai kategori.
Berikut ialah pencapaian peserta Sekolah Menengah Islam Hidayah bagi pusingan QR setiap kategori:
P18
Aleeya Adlynn Ezaidin – JOHAN
L18
Muhammad Adam Ikhwan Mohd Hafiz – TEMPAT KE 10
L15
Muaz Mohd Nor – TEMPAT KE 7
L13
ANAS MOHD NOR – TEMPAT KE 8
P13
WAN ALYA INSYIRAH WAN KHAIRUL ANWAR – TEMPAT KE 8
Bagi pusingan ER, Aleeya Adlynn telah berjaya mendapat TEMPAT KE-3 bagi kategori P18. Manakala peserta yang lain terkandas di pusingan SUKU AKHIR dalam kategori masing-masing.
Secara keseluruhannya, pertandingan ini telah berjaya mencapai objektifnya dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan pertandingan ini, khususnya pihak penganjur, Jurulatih, para guru pengiring, dan pengadil yang bertauliah.



