Pada 26 Jun yang lalu, unit Hal Ehwal Murid telah menganjurkan Kursus pengurusan mentee yang diadakan di Bilik Mesyuarat Ibnu Battutah Sekolah Menengah Islam Hidayah .
Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat jam 9.30 pagi .
Ia dijalankan bagi memudahkan guru mentor dari tingkatan 1 hingga 5 melaksanakan aktiviti itu pada setiap minggu agar sahsiah anak-anak Sekolah Menengah Islam Hidayah lebih berkepimpinan dan holistik dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar.
Tajuk kursus ini ialah “Mentoring Insan Rabbani”, bersesuaian dengan visi dan misi sekolah .
Perkongsian itu telah disampaikan oleh Dr. Adnan bin Omar ,Konsultan psikologi & Suisidologi PKPM yang juga Pegawai Sumber Manusia Pusat Pendidikan Hidayah.
Antara perkongsian kursus ini adalah berkaitan cadangan aktiviti modul yang baik bagi mengenali personaliti anak remaja zaman ini.Mentor boleh mencungkil kebolehan dari pelbagai sudut dan mendalami emosi yang boleh mengganggu prestasi pelajaran mereka.
Daripada program tersebut secara tidak langsung dapat mendidik anak mentee menjadi seorang yang berketrampilan sekali gus berjaya didunia dan akhirat.