Pada 27 November 2026 hari jumaat telah diadakan kem ibadah T4 untuk tahun ini tentang perjalanan ibadah umrah. Bertempat di asrama banin dan court futsal.
Kem ibadah ini disertai oleh 125 murid dan 10 orang guru bidang ilmu wahyu. Kem ibadah ini dimulakan dengan sesi pembentangan gallery walk oleh murid sendiri tentang ibadah Umrah. Kemudian disusuli dengan kuiz tentang pembentangan sebelumnya. Dan setelah selesai kuiz, mereka menjalani simulasi ibadah umrah secara praktikal bermula dari tawaf, saie dan tahalul.
Alhamdulillah murid dan semua guru sangat bersemangat semasa kem ini dijalankan dan selesai dengan jayanya.
Jazakumullah khairan kathira kepada semua pihak
Setiausaha kem ibadah T4: Umrah Explorer






