23-24Jun 2026, SMI Hidayah Johor Bahru telah menghantar 17 peserta ke Kejohanan Ping Pong MSSD Johor Bahru yang bertempat di SJK(C) Tampoi, Johor Bahru.
Terdapat dua kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan ini, iaitu Kategori Terbuka dan Kategori Bukan Kaum Cina (BKC).
Berikut adalah kejayaan yang telah diperolehi oleh atlet pasukan ping pong SMIH JB.
Kategori Lelaki (BKC):
1. Darren Iskandar bin Zulkiflee – naib johan🥈
2. Muhammad Albaihaqi bin Mohammad Taisir – tempat ketiga🥉
3. Fahim Irsyad bin Adnan – tempat keempat
Kategori Perempuan BKC:
1. Nur Islah Adya binti Muhammad Irza – tempat ketiga🥉
2. Nur Iman Najwa Insyirah binti Rahmat – tempat keempat
Kategori Lelaki Terbuka:
Bagi acara kategori terbuka, peserta hanya berjaya ke pusingan ketiga.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada para peserta yang telah berjaya dalam pertandingan ini.
Sekalung penghargaan diucapkan juga kepada jurulatih pasukan iaitu En. Azmen bin Yusof dan En. Azri bin Ali atas khidmat dan pengorbanan yang diberikan.
Semoga Pasukan Ping Pong SMIH JB terus berjaya dalam setiap pertandingan yang disertai.
Disediakan oleh,
Ustz Ezafahrina Ezuddin
Guru Pengiring Pasukan Ping Pong SMIH JB.
