Alhamdulillah, Kejohanan Olahraga MSSD Johor Bahru 2025 yang berlangsung selama empat hari bermula 23 hingga 26 Jun 2025 di Stadium Olahraga Mount Austin telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.
Pasukan olahraga Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah menyertai kejohanan ini dengan penuh semangat kesukanan dan menjunjung tinggi nilai “Da’wah Through Sport” sepanjang penyertaan mereka.
🗓 HARI PERTAMA (Isnin, 23 Jun 2025)
Hari pembukaan menyaksikan penyertaan aktif atlet SMIH dalam acara 100 meter, 800 meter dan lontar cakera.
🔹 Dalam acara 100m separuh akhir, lima orang atlet lelaki dari kategori L14, L15 dan L18 mencatat masa antara 12.62s hingga 13.36s.
🔹 Emran Eqmal Daniel bin Mustafa Kamal mewakili SMIH dalam acara lontar cakera (L18) dengan catatan 31.78m.
🔹 Dalam acara 800 meter, empat orang pelari SMIH bertanding dengan catatan antara 2:25.09 minit hingga 2:40.05 minit.
🔹 Dalam acara 110m lari berpagar (L18), Muhammad Hafiz Hakim bin Suhaizan mencatat masa 19.13s.
🗓 HARI KEDUA (Selasa, 24 Jun 2025)
Hari kedua menyaksikan penglibatan lebih ramai pelari dalam acara 400 meter separuh akhir dan 4×100 meter.
🔹 Enam atlet bertanding dalam 400m kategori L14 & L15 dengan catatan terbaik 62.28s oleh Wan Ahyan Sufi bin Wan Mohd Shaham.
🔹 Pasukan SMIH dalam acara 4×100 meter menunjukkan pencapaian berikut:
– L18: 48.19s
– L15: 50.00s
– L14: 50.60s dan berjaya mara ke peringkat akhir
🗓 HARI KETIGA (Rabu, 25 Jun 2025)
Kemuncak hari ketiga menyaksikan pencapaian podium:
🥉 Raja Ahmad Nawfal bin Raja Shahrul Nizam menghadiahkan pingat gangsa kepada SMIH dalam acara lempar cakera L15 dengan catatan 32.13m.
🔹 Beliau juga mewakili SMIH dalam acara rejam lembing (L15) – 26.38m
🔹 Dalam acara 4x100m akhir (L15), pasukan SMIH mencatat masa 50.00s
🔹 Atlet Muhammad Haziq Danial bin Mohd Rezwan berjaya mara ke akhir acara 200m L14 selepas mencatat 25.43s dalam separuh akhir.
🔹 Nur Halimah binti Ahmad Ridwan mencatat 7.93m dalam acara lompat kijang perempuan (P18).
🗓 HARI KEEMPAT (Khamis, 26 Jun 2025)
Hari terakhir menutup tirai kejohanan dengan saingan dalam acara 200m akhir dan 4x400m separuh akhir.
🔹 Muhammad Haziq Danial bin Mohd Rezwan menamatkan acara 200m akhir (L15) di tempat ke-5 dengan masa 24.97s
🔹 Pasukan SMIH bertanding dalam acara 4×400 meter dan mencatat masa berikut:
– L14: 4:31.47
– L15: 4:17.19
– L18: 4:00.33
🎖 RUMUSAN PENCAPAIAN
🔸 Jumlah pingat diperoleh: 🥉 1 Pingat Gangsa
🔸 Kedudukan keseluruhan: Tempat ke-40 daripada 52 buah sekolah bertanding
💚 UCAPAN PENGHARGAAN
Pihak SMIH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
Pengurusan Sekolah, khususnya Pengetua dan barisan pentadbir atas kepercayaan dan sokongan padu
Penolong Kanan Kokurikulum atas pemantauan dan galakan berterusan
Guru-guru pengiring (Ustaz Fikri, Ustazah Dira dan Azmi) yang telah bertungkus-lumus dari awal hingga akhir kejohanan
Para penyumbang yang menyokong dari segi kewangan, kelengkapan dan moral
Ibu bapa dan penjaga yang sentiasa mendoakan, menyokong dan hadir memberi semangat di balapan
Semoga segala jasa dan pengorbanan ini dikira sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.
Firman Allah:
“Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan. Di mana sahaja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semua (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(Surah Al-Baqarah: 148)
SMIH | Da’wah Through Sport
Ustaz Amin
Penyelaras Sukan Olahraga SMIH









