SMIHJB | Kejohanan Olahraga MSSD 2024

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!

Syukur kepadaNya kerana limpah kurnia yang Dia limpahkan untuk pasukan Olahraga MSSD SMIH JB yang diuruskan oleh Ustazah Dira Faizan bt Che Amaran, dilatih oleh Ustaz Mohamad Amin b Ahmad serta Ustaz Mohd Fikri b Abdul Rahman. Dari Abu Hurairah dan sampai kepada Nabi SAW, baginda bersabda: “Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada seorang mukmin yang lemah, dan dalam masing-masing keduanya itu terdapat kebaikan. Bersungguh-sungguhlah terhadap sesuatu yang bermanfaat bagimu dan jangan lemah semangat. Jika suatu perkara mengalahkanmu maka katakanlah, ‘Ketentuan Allah telah ditetapkan, dan suatu yang telah Dia kehendaki maka akan terjadi. Dan jauhilah olehmu dari ucapan ‘Seandainya’, karena sesungguhnya ungkapan ‘Seandainya’ membuka peluang masuknya syaitan.” (HR Ibnu Majah No: 4158)

Pasukan SMIH JB menghantar sejumlah 68 orang atlet pada tahun ini merangkumi 6 kategori iaitu:

  1. Lelaki Bawah 14 tahun
  2. Lelaki Bawah 15 tahun
  3. Lelaki Bawah 18 tahun
  4. Perempuan Bawah 14 tahun
  5. Perempuan Bawah 15 tahun
  6. Perempuan Bawah 18 tahun

Pasukan ini telah menjalani Program Pembangunan Olahraga dari tahun lepas lagi. Malah kemajuan dalam program ini telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Secara kasarnya, SMIH JB berjaya mendapatkan 3 pingat Gangsa dan 1 pingat ke-6. Pecahan pingat tersebut adalah

  1. Gangsa Melempar Cakera Lelaki 18 tahun (AFIQ FIKRI B RIZA AFZAL)
  2. Gangsa Melempar Cakera Perempuan 18 tahun (SARAH TASNEEM BT SURYANI)
  3. Gangsa Merejam Lembing Lelaki 18 tahun (AFIQ FIKRI B RIZA AFZAL)
  4. Ke-6 3000 meter Lelaki 18 tahun (DARWISY AMINUDIN BIN MOHD FIRDAUS)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SMIH JB, guru-guru dan penaja kami yang telah memberi sokongan dan kebenaran kepada pasukan kami. Insyallah, pasukan Olahraga SMIH JB akan bangkit semula pada tahun depan. Doakan kami.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda