- Pengenalan
Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Johor Bahru bagi tahun 2025 telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Kejohanan ini merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan bola sepak serta memilih wakil daerah untuk bertanding di peringkat MSSJ dan seterusnya MSSM. - Tarikh dan Tempat
- Tarikh: 16 – 19 Jun 2025
- Tempat: Padang Bola Sepak Mutiara Arena, Bandar Dato’ Onn
- Penyertaan
Sebanyak 32 buah sekolah menengah dari seluruh daerah Johor Bahru telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini dalam kategori bawah 15 tahun.
Setiap pasukan terdiri daripada maksimum 18 orang pemain dan 4 pegawai. - Format Pertandingan
Kejohanan dijalankan secara format liga kumpulan pada peringkat awal dan sistem kalah mati pada peringkat suku akhir hingga ke perlawanan akhir. - Keputusan pasukan SM Islam Hidayah Johor Bahru
Peringkat Kumpulan : Tempat ketiga kumpulan
- EC 1 – 0 SMIH JB
- SMIH JB 6 – 0 STELLA
- SMIH JB 0 – 1 SMK MAJIDEE 2
- 1 Kemenangan & 2 kekalahan serta mengumpul 3 mata.
- Rumusan
Kejohanan ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Tahap disiplin dan semangat kesukanan dalam kalangan pemain, jurulatih dan pegawai sangat membanggakan. Beberapa pemain telah dikenalpasti berpotensi tinggi untuk mewakili daerah Johor Bahru ke peringkat MSSJ. - Penutup
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan kejohanan ini, terutamanya Puan Pengetua, PK Kokurikulum, barisan kejurulatihan & pengurusan pasukan. Diharapkan kejohanan seumpama ini terus menjadi wadah pembangunan sukan bola sepak di peringkat sekolah.
Disediakan oleh:
Muhammad Nazrin bin Abd Malik
Pengurus Bola Sepak SM Islam Hidayah Johor Bahru
Tarikh: 18 Jun 2025



