Pada 20.6.2024, Khamis telah berlangsung Bengkel Sains dan Matematik yang melibatkan pelajar tingkatan 2 di Dewan Tabuk, SMIHJB. Bengkel ini berlangsung sekitar 1 jam 15 minit untuk slot Sains dan 1 jam 30 minit untuk slot Matematik. Untuk subjek Sains bengkel ini memfokuskan tentang teknik menjawab soalan UASA manakala subjek Matematik memfokuskan kepada konsep asas Algebra- Pemfaktoran.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan penguasaan pelajar-pelajar tingkatan 2 dalam subjek Sains dan Matematik. Jutaan terima kasih kepada semua guru Sains dan Matematik yang terlibat menguruskan bengkel ini sehingga selesai.