PPH: Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 & 2 SMIH JB Sesi 2021

Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 & 2 SMIH JB bagi sesi 2021 sudah dibuka sekarang! Tarikh tutup permohonan pada 30 SEPTEMBER 2020.

Syarat Umum:
1. Tingkatan 1 kohort umur (2/1/08 – 1/1/09)
2. Tingkatan 2 kohort umur (2/1/07 – 1/1/08)
3. Memiliki sijil kelahiran yang sah
4. Boleh membaca Al-Qur’an
5. Tiada kes disiplin

Kepada yang berminat, boleh mengisi borang permohonan kemasukan ini.

Tatacaranya adalah seperti berikut:-

Langkah 1:
Layari laman web Sekolah Islam Hidayah (https://hidayah.edu.my/).
Klik pada ‘BORANG PERMOHONAN, seperti yang tertera pada gambar dibawah.

Langkah 2:
Klik pada ‘Registration Student’  (berwarna kuning) seperti tertera pada gambar dibawah.

Langkah 3:
Pilih sekolah (SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU)
Isi nombor IC anak anda di ruang ( 1 ), kemudian Klik ‘Verify’ pada ( 2 ) seperti tertera pada gambar di bawah:


Langkah 4:
Andai anda belum membuat permohonan atau belum ada dalam sistem, anda hanya perlu klik pada ‘REGISTER HERE!‘ untuk membuat permohonan.

Setelah selesai membuat permohonan, anda boleh semak permohonan anda dengan memasukkan no. IC anak anda di ruang ( 1 ) seperti di Langkah 3.

Terima kasih kerana sudi membuat permohonan ke sekolah kami.
Moga dipermudakan isi borang permohonan ini.

*Untuk memohon bagi tahun selain dari tingkatan 1 dan 2, prosesnya sama juga seperti diatas.

*andai ada masalah untuk mengisi borang ini, boleh terus hubungi Pegawai ICT Pusat Pendidikan Hidayah Johor Bahru:

Encik Abdul Aziz bin Khamaruzaman
013-5199518

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda