Kami ingin memaklumkan bahawa Sekolah Islam Hidayah akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) berikutan pencemaran bau bahan kimia yang menjejaskan kawasan persekitaran sekolah kami. Pihak berkuasa telah melaporkan pembuangan sisa kimia secara haram sepanjang Sungai Tebrau di Kampung Maju Jaya. Bau sisa kimia yang berbahaya ini telah tersebar hingga ke kawasan sekolah kami dan membawa potensi risiko kesihatan yang serius.
Pada 9 September 2024, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah mengarahkan semua murid dan pelajar di Pusat Pendidikan Hidayah untuk bersurai serta merta dan pulang ke rumah. Pengarah JPN Johor, selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Johor, bersama Pendaftar Negeri telah menetapkan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPr) akan dilaksanakan di Sekolah Islam Hidayah bermula 10 September 2024 sehingga diberitahu kelak.
Kami menggesa semua yang berada di kawasan yang terjejas supaya kekal di dalam rumah jika boleh dan elakkan pendedahan kepada bau ini untuk tempoh yang lama. Sila ikuti arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai kefahaman anda dalam usaha kami memastikan keselamatan komuniti sekolah.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat sekolah kami (07-557-4689, 07-556-9932 )
Terima kasih atas kerjasama anda.
– Pengurusan PPH
Surat Rasmi PPH Pengumuman Isu Pencemaran Sungai dan Bau Sisa Kimia
Keratan Akhbar Sinar Harian
https://www.sinarharian.com.my/article/684699/edisi/johor/bau-memang-busuk-agak-pelik
https://www.sinarharian.com.my/article/685071/edisi/johor/pencemaran-bau-kimia-tiga-sekolah-ditutup-jalani-pdpr
https://www.sinarharian.com.my/article/684908/berita/semasa/pencemaran-bau-kimia-polis-tahan-pemandu-dan-kelindan-lori