SEJARAH KRS MUSLEH
a. PSFM tidak dibenarkan berdaftar secara rasmi dengan kerajaan Pada 20 Oktober 2007, Lembaga Pengarah MUSLEH telah bersetuju mengambil KRS Malaysia sebagai aktiviti kokurikulum bagi semua SRI-SMI di bawah naungannya. Oleh itu, nama PSFM di SRI-SMI telah digantikan dengan nama KRS MUSLEH dengan mengekalkan falsafah, konsep, isi kandungan dan semua syiar asasi PSFM. Surat KPM bertarikh 21 Januari 2008 telah mengesahkan bahawa MUSLEH menjadi badan gabungan KRS peringkat kebangsaan bagi semua SRI-SMI yang bernaung di bawahnya. MUSLEH menjadi ahli gabungan KRS Malaysia peringkat kebangsaan dan sebuah badan induk. Ini bermaksud bahawa: a. MUSLEH boleh mengeluarkan sijil pendaftaran keahlian KRS kepada SRI-SMI. |
MUSLEH boleh menganjurkan program atau kursus di peringkat nasional untuk SRI-SMI dan diiktiraf oleh KRS Malaysia.
a. Ini termasuk Jambori, pemeringkatan pangkat (sarjan – Kursus Pegawai Waran dikendali oleh Pusat) dll. Struktur KRSM dibuat dari atas ke bawah bagi melancarkan pengurusan KRSM dari peringkat pusat (MUSLEH), peringkat negeri dan sekolah. Jurulatih PSFM akan diserapkan ke dalam KRSM. Penyerapan pangkat peringkat pelajar telah dilaksanakan pada bulan Mei 2008.
P englibatan pelajar SRI-SMI dalam KRS adalah wajib. Pakaian KRS bagi staf wanita SRI-SMI dan banaat adalah dirujuk kepada Majlis Fatwa MUSLEH. Latihan-latihan telah diberikan kepada semua pendidik bagi menjayakan KRSM melalui kursus induksi peringkat pusat melibatkan Pengetua, PK Koku, Penyelaras Guru Syabab dan wakil guru PSFM. KRS untuk SMI bermula Disember 2007 manakala KRS untuk SRI bermula Disember 2008 Penubuhan KRS di sekolah Mengikut prosedur, guru penasihat perlu menulis surat penubuhan KRS kepada Pengetua. Pengetua akan membalas surat kebenaran penubuhan (surat-surat ini diminta semasa penaziran Bhg Pel Swasta KPM). Seterusnya mengadakan mesyuarat agung pertama oleh JK Penaja. Kena rujuk Buku Panduan Pengurusan Ko-Kurikulum KPM. |