Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Telah berakhir program PENARA 2026 yang berlangsung di Otternest camp, pekan nenas selama 3 hari 2 malam.

Kontinjen SMIH JB telah menghantar 72 peserta ke penara diiringi 6 guru sebagai pengelola murid.

Beberapa kejayaan telah pun berjaya dikecapi oleh para peserta kita di dalam acara yang dipertandingkan.

Berikut perincian kejayaan yang diperoleh :

KAWAD
Syabab : JOHAN
Fatayat : JOHAN

BASED
Syabab : JOHAN
Fatayat : KETIGA

METRA
Syabab : KETIGA
Fatayat : KETIGA

MASAKAN
Syabab : JOHAN
Fatayat : KETIGA

ORIENTEERING
kategori individu
Syabab : JOHAN & KEEMPAT
Fatayat : JOHAN & KETIGA

Kategori berkumpulan
Syabab : JOHAN
Fatayat : NAIB JOHAN

KEM KRAF
Syabab : JOHAN
Fatayat : NAIB JOHAN

Jazakumullah khayron buat
Puan Pengetua Ustazah Seri Juli Pk Koku Ustazah Norhawanis
Pk Akademik Ustazah Mashida barisan penolong kanan dan guru-guru atas sokongan, bantuan dan doa yang dikirimkan buat anak² penara sebelum, semasa dan selepas beraktiviti.

Barakallah feekum buat guru² pengiring
Ustaz Anas, Ustaz Nafis, Ustaz Asyraf, Ustazah Susanti, Ustazah Aisyah, Ustazah Nabihah
yang telah bertungkus lumus sepanjang program berlangsung dalam memastikan keselamatan anak² terutamanya serta kelancaran acara-acara yang disertai.

Terima kasih juga buat guru-guru urusetia PENARA
Ustazah Hilsha, Ustazah Afifah dan Ustaz Masdi bersama-sama dengan 25 pembantu urusetia (murid² SMIH JB) yang telah memastikan program berjalan lancar hingga ke penamat.

Tidak dilupakan juga buat pegawai-pegawai KRS MUSLEH SMIH JB yang telah banyak membantu di belakang tabir dalam persiapan para peserta untuk menghadiri ke program PENARA tahun ini.

Semoga dengan usaha guru-guru dan anak-anak SMIH JB diganjari Allah SWT dengan kebaikan, rahmatNya dan keberkatanNya.

آمين يا رب العالمين

Disediakan oleh,
Pengarah PENARA 2026 SMIH JB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda