Nama SRIH berkumandang di MSS Zon Majidee

Abdul Hakim Razali diapit oleh rakan – rakan sepasukan bersama Ustaz Amirrudin ( Pegawai kejohanan merangkap guru pengiring ).. Dari kiri: Fathi Amsyar, Mohd Aidil, Suhail, Ustaz Amirrudin, Abdul Hakim, Farhan Husna dan Mohd Nor Wazir

 

Sekolah Rendah Islam Hidayah telah terpilih untuk menyertai acara sukan Majlis Sukan Sekolah2 Zon Majidee ( MSS Zon Majidee ) yang telah diadakan pada 22 Februari yang lalu bertempat di Stadium Larkin, Johor Bahru. Pihak sekolah telah menghantar 6 orang peserta bagi menyertai 3 acara iaitu 100m, 200m dan 4 x 100m. Alhamdulillah, kita berjaya mendapat tempat ke – 3 bagi acara 100m dan 200m. Kedua – dua acara ini dimenangi oleh Abdul Hakim Razali yang mempamerkan saingan yang amat sengit dengan peserta lain. Berikut dipaparkan rekod yang diperolehi oleh beliau bagi kedua – dua acara tersebut :

 

 Bagi acara 100m, rekod menunjukkan beliau berjaya memperolehi catatan masa yang sama dengan peserta kedua.. mungkin gaya semasa penamat yang memberikan kelebihan bagi peserta kedua.. Dalam masa yang sama, beliau hanya ketinggalan sebanyak 0.2 saat sahaja dengan peserta pertama. 

 Dalam acara 200m, rekod menunjukkan yang beliau hanya ketinggalan 0.1 saat di belakang peserta kedua.. TAHNIAH !

Bagi peserta yang tidak menang, ini merupakan pengalaman yang sangat berharga untuk melonjakkan kemenangan di masa akan datang… InsyaAllah. 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda