Pada 12 April 2019 yang lepas, Panitia Ekonomi (Bidang Teknik dan Vokasional) Sekolah Menengah Islam Hidayah JB telah mengadakan lawatan sambil belajar bagi 66 orang murid-murid ekonomi Tingkatan 5 ke Kuala Lumpur. Tempat yang dilawati ialah ke Kompleks Nasyrul Qur’an Putrajaya dan Galeri Bank Negara.
Hasil lawatan tersebut murid dapat mempelajari situasi sebenar berkenaan pengurusan sesebuah firma dalam menghasilkan produk. Selain itu,murid-murid juga dapat mengetahui sejarah bank negara ditubuhkan, sejarah wang negara, sektor-sektor ekonomi dan sebagainya. Secara tidak lansung murid-murid dapat mengetahui realiti pertumbuhan ekonomi yang sebenar.