Pada 15 Ogos 2018, pelajar Tingkatan 2 Taqwa yang menjalani program PBL 2018 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pertandingan inovasi sains iaitu National Science Challenge 2018 semi final yang berlangsung di Kolej Perdana, UTM Skudai dari jam 8 pagi hingga 4 petang.
Pertandingan ini melibatkan 16 kumpulan yang mewakili negeri masing-masing dari seluruh tanah air termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Peserta perlu membentangkan hasil rekebentuk dan inovasi yang dihasilkan di atas pentas dan menjawab pertanyaan juri. Selepas itu, mereka perlu membuka booth pameran supaya pengunjung boleh bertanya tentang produk rekebentuk mereka dengan lebih lanjut.
Lawatan ini sangat berguna kepada pelajar-pelajar Tingkatan 2 Taqwa kelas PBL, untuk mendapatkan seberapa banyak info dan idea untuk merekabentuk produk atau sistem bagi menjayakan Low Carbon Society.
Semoga dengan lawatan ini, memberikan pelajar Tingkatan 2 Taqwa lebih bersemangat untuk menjana idea baru dalam menuju Bumi yang lebih hijau dalam program PBL yang berlangsung sepanjang tahun 2018.