Latihan Kawad Kebakaran Peringkat SRIH JB 2019

Pada 3 April 2019 Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru (SRIHJB) telah mengadakan latihan kawad kebakaran. Latihan ini diadakan bagi mempersiapkan diri murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan serta tindakan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran.

MATLAMAT

Memberi pendedahkan kepada murid-murid dan warga sekolah agar mengambil tindakan yang betul serta dalam keadaan sekiranya berlaku situasi kecemasan dengan menggunakan laluan kecemasan seperti yang ditetapkan.

OBJEKTIF

  1. Mendedahkan kepada warga Hidayah pengalaman langsung menghadapai bahaya kebakaran.
  2. Melatih warga Hidayah kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan/kebakaran berlaku di sekolah.
  3. Menjalinkan hubungan yang erat bersama agensi yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran

PERJALANAN AKTIVITI

0900 pagi : Loceng / Isyarat kecemasan dibunyikan. Semua warga sekolah bergerak menuju ke Dataran Amanah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

0905 pagi : Semakan kedatangan murid oleh guru subjek serta semakan kedatangan guru.

0920 pagi : Taklimat Latihan Kawad Kebakaran dan Keselamatan oleh Ustaz Halimi Bin Ali Yahad (Ketua Unit Keselamatan SRIHJB)

0935 pagi : Tamat latihan dan taklimat. Sesi pembelajaran seperti hari biasa.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda