Program Mukhayyam Guru Perempuan SMIH JB 2025 telah berjaya diadakan pada 22 hingga 23 Ogos 2025 di RR Homestay Event Café Simpang Renggam di bawah anjuran Unit Tarbiyyah Guru SMIH . Seramai 58 orang peserta termasuk barisan guru perempuan SMIH dan SRIH serta sebahagian KBA telah menyertai program ini. Mukhayyam kali ini bertemakan Murabbi Cergas Mendidik dengan Itqan bertujuan melahirkan guru dan staf Hidayah yang komited, kompeten, sejahtera dan berfikrah dalam melaksanakan amanah pendidikan di samping merealisasikan misi dan visi Pusat Pendidikan Hidayah .Dalam program ini para peserta menghayati konsep Itqan dalam setiap tindakan dan tanggungjawab serta membina sifat taat dan thiqah kepada pemimpin. Objektif seterusnya melatih peserta supaya bersabar dan berdisiplin untuk menjadi muslim yang kuat dan sihat.
Para peserta telah berjaya meyelesaikan tugasan dalam enam aktiviti utama iaitu Mindsetting, Game Walk, Water Splash, Kembara Itqan, Mindblowing Wrap Up Kembara Itqan dan Pengisian Itqan. Program ini berjaya mencapai objektifnya apabila para peserta menunjukkan kerjasama yang erat, peningkatan motivasi serta lebih bersedia menghadapi cabaran sebagai pendidik dengan semangat Itqan yang jitu.Pengalaman menaiki keretapi (KTM ) sudah pasti menggamit memori terindah dan menyeronokkan buat para peserta yang julung-julung kalinya diadakan sempena mukhayyam . Semua aktiviti yang direncana telah membawa peserta keluar seketika dari kepompong kesibukan tugasan hakiki yang menjerat. Tautan ukhuwah sesama warga Hidayah walaupun berbeza profesion dapat diterapkan.
Secara keseluruhannya, Program Mukhayyam Guru Perempuan 2025 telah berlangsung dengan jayanya. Diharapkan penganjuran seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh sahsiah, kepimpinan, dan profesionalisme perguruan demi Itqan Dalam Kerjaya Ibadah Menuju Syurga.
Laporan disediakan oleh,
Hanim binti Jasman
Setiausaha,
Mukhayyam Guru Perempuan SMIH JB 2025



