Delegasi Hira Niaga ke Koperasi Sekolah Rendah Islam Hidayah, Sih Niaga dan Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.
Tarikh Lawatan :11 November 2025 (Selasa)
Tempat : Bilik Mesyuarat Lembaga Pengelola Hidayah,
Koperasi Sekolah Rendah Islam Hidayah, Sih Niaga
dan Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah.
Penganjur/Penyelaras : Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah Berhad
Delegasi : Hira Niaga
Penyampai / Wakil Koperasi:
Puan Rohaida Ridzwan , Ketua Pegawai Operasi (KPO), Pusat Pendidikan Hidayah Johor Bahru Berhad,
merangkap Pengerusi Koperasi Sekolah Rendah Islam Hidayah,
Puan Seri Juli Emas Wati Adnan
Pengerusi Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru
merangkap Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah
Encik Abu Hanzalah
Pengurus Sih Niaga Sdn Bhd.
1.0 Tujuan Lawatan
1. Menjalinkan hubungan strategik antara Koperasi SRIH, Sih Niaga ,Koperasi SMIH dan Hira Niaga.
2. Berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan koperasi sekolah.
3. Meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan produk serta aktiviti keusahawanan pelajar.
4. Menilai operasi harian koperasi sebagai model rujukan.
2.0 Atur Cara Lawatan
9.00 pagi – Ketibaan delegasi Hira Niaga dan pendaftaran.
9.15 pagi – Ucapan alu-aluan oleh Ustazah Rohaida Rizwan,
Ketua Pengawai Operasi (KPO)
Pusat Pendidikan Hidayah Johor Bahru Berhad.
9.30 pagi – Taklimat pengurusan koperasi, aktiviti tahunan, pencapaian dan hala tuju.
10.45 pagi – Lawatan ke ruang operasi koperasi (kedai koperasi, stor, sistem inventori).
11.30 – Sesi dialog dan soal jawab.
12.00 pagi – Pertukaran cenderahati.
12.30 tengah hari – Jamuan ringan dan bersurai.
3.0 Hasil & Manfaat Lawatan
1. Perkongsian ilmu pengurusan meliputi inventori, audit dalaman, dan perancangan jualan.
2. Peluang kerjasama baharu seperti pembekalan produk, latihan keusahawanan pelajar, dan program komuniti.
3. Penanda aras operasi untuk membantu menambah baik proses urus niaga dan perkhidmatan koperasi sekolah.
4. Pengukuhan hubungan dua hala antara pihak sekolah dan organisasi luar.
4.0 Rumusan
Lawatan Hira Niaga ke Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dalam projek-projek masa hadapan bagi memperkasa pendidikan keusahawanan dalam kalangan warga sekolah khasnya.
Disediakan oleh,
Pengurusan Koperasi SMIH
Tahun 2025



