Alhamdulillah pada 24 Oktober hingga 1 November 2024 yang lepas, seramai 8 orang pelajar dan seorang guru pengiring telah mewakili Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru dalam Islamic Private School International Scout Camp II (IPSIS) yang berlangsung di Pantai Wasukri, Thailand.
Guru Pengiring
1.Ustaz Baihaqi Bin Mohd Hatta
Peserta
- Afif Haziq bin Aminuddin (4 Ittihad)
- Muhammad Amir Shahid bin Rofazlin (4 Imtithal)
- Aidi Hafiz bin Norazli (4 Abqari)
- Abdullah bin Ezam (4 Imtithal)
- Nur Eiman Iffah Huriyyah binti Md. Yusman (4 Abqari)
- Nur Qaisah Atierah binti Mohd Affendi (4 Ilham)
- Izzah Sumayyah binti Suhaimi (3 Ittifaq)
- Nur Aisyah Syafiah binti Mustakim (3 Mahabbah)
Sesuai dengan motto IPSIS 24 -“menjalin persaudaraan , menggalakkan kemahiran hidup , memupuk keamanan” , tujuan utama perkhemahan ini diadakan adalah untuk menjalinkan ukhuwwah dengan pelajar lain dari negara Indonesia dan Thailand.
Wakil-wakil SMI Hidayah Johor Bahru mula bertolak menaiki bas pada malam 24 Oktober 2024 dan selamat tiba di Thailand pada 26 Oktober 2024. Seterusnya, pulang semula ke perkarangan SMI Hidayah Johor Bahru pada 31 Oktober 2024
Aktiviti-aktiviti menarik yang telah disertai oleh para peserta semasa program IPSIS diadakan ialah Pioneering, Folk Arts and Archery, Life Skills Activity, Long Distance Travel Activity, dan Malam Kebudayaan. Syukur kepada Allah, semua aktiviti berjalan dengan lancar.
Antara cabaran yang dihadapi ialah masalah bekalan air, cuaca tidak menentu dan kehilangan barang peribadi. Walaubagaimanapun, cabaran-cabaran ini tidak menggoyahkan semangat para peserta.
Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas kesudian dalam menguruskan program IPSIS sebaiknya. Kami bersyukur atas penyediaan kemudahan-kemudahan dan keperluan yang mencukupi bagi kegunaan peserta IPSIS.
Justeru itu, kami mengharapkan para peserta dapat mengambil input kemahiran yang telah dipelajari dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Kami juga berharap program-program membina seperti ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap.