Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Jalinan Mesra Tingkatan 5.
Butir-butir lanjut berhubung majlis tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh : 30 September 2016 (Jumaat)
Masa : 9.00 pg – 12.00 tghri
Tempat : Dewan Khandak
Pihak sekolah sangat berharap agar para ibu bapa dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran anda akan dapat meningkatkan lagi kerjasama di antara kedua-dua belah pihak demi keberkesanan pendidikan anak-anak kita.
Bagi ibu bapa yang masih mempunyai tunggakan yuran, besarlah harapan pihak sekolah agar dapat menjelaskannya di Pejabat Am sekolah.
Bagi ibu bapa yang tidak dapat hadir pada masa yang dijadualkan, boleh berjumpa dengan guru-guru berkenaan pada masa-masa lain dengan membuat temujanji terlebih dahulu.