Alhamdulillah, Majlis Hari Apresiasi Ke-11 SRIHBP telah berlangsung hari ini, Sabtu, 28 November 2026, bertemakan "Menyemai Rahmah, Membina Ummah".
Majlis dirasmikan oleh Ustazah Hjh Asnah bt Hj Safuan, Penolong Pegawai Kanan,
Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat yang mewakili
Tuan Hj Johari Bin Musa, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat, Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) Batu Pahat.
Antara anugerah yang disampaikan:
🏆 Anugerah Tokoh Murid
📜 Anugerah SPPIM Terbaik
📖 Anugerah Hafiz Muda
🏅 Anugerah Khas Kokurikulum
🎓 Anugerah Akademik Cemerlang
🎖️ Penghargaan Kepimpinan Sekolah
📗 Anugerah Penghafaz Terbaik
💛 Anugerah Sahsiah & Akademik Terbaik
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan murid Tahun 1, 3, 5 dan 6.
Tahniah kepada semua penerima anugerah. Terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru, Yayasan Pendidikan Hidayah, PIBG, para penaja, penyumbang dan semua yang menjayakan majlis ini.
#HariApresiasiSRIHBP2026 #MenyemaiRahmahMembinaUmmah #SRIHBP #SRIHidayahBatuPahat







Media Hari Apresiasi SRIHBP 2026
Gambar keseluruhan: Album Google Photos Hari Apresiasi 2026
Video umum
Video persembahan
Mohon maaf sekiranya terdapat banyak kekurangan.
JK Media
Hari Apresiasi SRIHBP 2026