SMIHJB | KEM IBADAH TINGKATAN 3

Alhamdulillah, Program Kem Ibadah Tingkatan 3 (Pengurusan Jenazah) telah berjaya dilaksanakan pada 27 November 2026 (Jumaat) dengan lancar dan jayanya.
Program ini berlangsung di beberapa lokasi yang telah ditetapkan, iaitu sesi teori bagi semua murid di Musolla Banin, manakala sesi praktikal Banin dan Banat dilaksanakan di kelas-kelas yang telah ditetapkan.

Program ini melibatkan seramai 106 orang murid dan 12 orang guru yang bertindak sebagai fasilitator. Pelbagai aktiviti teori dan praktikal telah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam pengurusan jenazah, sebagai salah satu tuntutan fardu kifayah.

Semoga program ini bukan sekadar memberikan ilmu dan kemahiran, malah turut menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan serta semangat bantu-membantu sesama Muslim. Mudah-mudahan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk mendidik murid agar lebih memahami tanggungjawab terhadap masyarakat dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan apabila diperlukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru deniyyah serta murid-murid atas kerjasama, komitmen dan kesungguhan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Jazakumullahu Khairan Kathira atas segala kerjasama dan sumbangan yang diberikan. Semoga setiap usaha dan amal yang dicurahkan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda