SRIHBP | Tahniah Kontinjen Tkrs SRIHBP!

Tahniah Kontinjen Tkrs SRIHBP!

🏆 TAHNIAH KONTINJEN TKRS SRIHBP! 🏆

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kontinjen Kadet Remaja Sekolah (KRS) SRIHBP atas pencapaian cemerlang dalam Perkhemahan Nasional di Udara (PENARA) 2026, KRS Musleh & Tunas KRS Musleh.

📅 17 – 19 November 2026
📍 Otternest Camp, Kg Sri Gunung Pulai, Johor

🥈 NAIB JOHAN
• Orienteering Individu Syabab (Aisy Thaqeef)

🥉 TEMPAT KETIGA
• Memanah Syabab
• Kawad Kaki Litar Syabab

🏅 TEMPAT KEEMPAT
• Kawad Kaki Litar Fatayat
• Orienteering Syabab Berkumpulan

🏅 TEMPAT KELIMA
• BaSeD Formasi Fatayat
• Orienteering Individu Fatayat (Aufa Shahira)

Secara keseluruhannya, kontinjen SRIHBP berjaya membawa pulang 7 PENCAPAIAN! 🎉

Buat semua kadet SRIHBP, sama ada yang pulang membawa sijil atau tidak, kalian semua telah berusaha bersungguh-sungguh. Tiga hari berkhemah, berpanas, berlatih dan bertanding bukan perkara mudah. Kejayaan sebenar bukan hanya pada kemenangan, tetapi pada keberanian mencuba, disiplin, kerjasama dan semangat ukhuwah yang kalian tunjukkan. Kami bangga dengan setiap seorang daripada kalian. Insya-Allah, giliran kalian akan tiba! 💪

Jazakumullahu khairan kepada semua peserta, guru pembimbing, jurulatih, ibu bapa serta semua pihak yang memberikan komitmen dan sokongan sepanjang pertandingan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang.

Terus melangkah, terus berusaha dan terus mengharumkan nama SRIHBP! 💚❤️

#PENARA2026

Tahniah Kontinjen Tkrs SRIHBP! (gambar 2)
Tahniah Kontinjen Tkrs SRIHBP! (gambar 3)
Tahniah Kontinjen Tkrs SRIHBP! (gambar 4)
Tahniah Kontinjen Tkrs SRIHBP! (gambar 5)
Tahniah Kontinjen Tkrs SRIHBP! (gambar 6)
Tahniah Kontinjen Tkrs SRIHBP! (gambar 7)
Tahniah Kontinjen Tkrs SRIHBP! (gambar 8)

Sumber: hantaran Facebook SRI Hidayah Pasirris

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda