Alhamdulillah, seramai tujuh anggota kadet TKRSM SRIHBP telah selesai mengikuti Ujian Kenaikan Pangkat (UKP) Sarjan TKRSM peringkat pusat yang berlangsung selama tiga hari, bermula 2 hingga 4 September 2026 di Sitiawan, Perak.
Sepanjang ujian berlangsung, para calon telah melalui pelbagai ujian kemahiran dan penilaian yang ditetapkan bagi melayakkan mereka menyandang pangkat Sarjan TKRSM. Mereka turut diiringi oleh dua orang pegawai pengiring, iaitu Pegawai Kadet Muslimin dan Timbalan Komandan Norfariza.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon-calon Sarjan TKRSM:
- Muhammad Arsyad
- Muhammad Badrani Waseem
- Muhammad Ihsan Khalis
- Muhammad Firash Amsyar
- Nur Syaima’
- Farwizah
- Orked
Untuk rekod, ujian pemilihan (saringan) kemahiran telah dilaksanakan pada awal tahun dengan penyertaan seramai 22 orang kadet berpangkat Koperal. Hasil daripada saringan tersebut, hanya 8 calon telah berjaya dipilih untuk mewakili TKRSM SRIH BP ke UKP Sarjan TKRSM peringkat pusat.
Tahniah dan syabas juga buat Mejar KRSM Ismaturahmah dan Leftenan Muda KRSM Mohd Nor yang menjayakan program ini selaku urus setia.
Sumber: Facebook SRIHBP