Smihjb | Laporan Bengkel Kecemerlangan Sains SPM 2026

Bengkel Kecemerlangan Sains SPM 2026 telah diadakan pada 25 September 2026 (Jumaat), dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang bertempat di Dewan Tabuk, Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru. Program ini disampaikan oleh En. Suresh A/L Ramasamy dengan tujuan membantu murid meningkatkan penguasaan dan persediaan menghadapi SPM.

Seramai 77 daripada 78 orang peserta telah hadir, dengan kadar kehadiran sebanyak 98.72%. Sepanjang program, murid diberikan bimbingan berkaitan strategi pembelajaran, teknik menjawab soalan serta persediaan menghadapi peperiksaan SPM.

Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada murid. Diharapkan bengkel ini dapat meningkatkan motivasi, keyakinan dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains bagi menghadapi SPM 2026.

u. Amirul Ahmad
Guru Sains SPM

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda