Alhamdulillah, telah selesai raptai persembahan Hari Kebangsaan di SM Foon Yew Kulai (1.30 – 3.40 petang).
Seramai 18 murid SMIH (8 zapin, 10 kompang) hadir bersama 5 guru pengiring (Us Adilin, Us Asma, En Muiz, Ustaz Syafiq & Ustaz Firdaus).
Pasukan kompang turut berlatih bersama pasukan gendang SM Foon Yew sebagai aktiviti silang budaya.
Murid menunjukkan kesungguhan dan semangat kerjasama yang erat, di samping membina ukhuwah serta persahabatan merentas kaum.
Terima kasih atas sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini.
Guru Pengiring SMIH JB



