SMIHJB | ROGRAM MUKHAYYAM TINGKATAN 2

Tarikh: 12 – 14 Ogos 2026
Tempat: KRAMSAU, Desaru
Penyertaan:
179 orang murid Tingkatan 2
3 orang murid Tingakatan 3
20 orang fasilitator Tingkatan 4
15 orang guru pengiring

Program Mukhayyam Tingkatan 2 yang dijalankan telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, disiplin serta kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Program Mukhayyam kali Ini bertemakan,’Fitrah teguh, kepimpinan utuh’ dengan bertujuan untuk memberi penghayatan kepada murid T2 fitrah seorang muslim dan mahu menyerlahkan kepimpinan diri agar bersedia untuk menjadi pemimpin untuk diri mereka dan sekolah pada masa akan datang. Disamping menekankan penguasaan asas KRS semasa perkemahan ini berjalan, anak- anak ini diterapkan supaya memelihara ukhuwah dengan rakan- rakan dan membina kerjasasama antara mereka.

semoga mukhayyam kali ini menjadikan mereka lebih berdisiplin dan berani untuk kehadapan sebagai pemimpin akan datang. Insya Allah.
Jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada barisan pengurusan sekolah yang diketuai oleh Puan Pengetua Ustazah Seri Juli Emas Wati binti Adnan, Ustazah Norhawanis selaku PK Kokurikulum serta para ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap program ini dari awal hingga akhir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, AJK pelaksana dan barisan fasilitator yang telah bertungkus-lumus menjayakan Program Mukhayyam Tingkatan 2 ini.

Ustaz: MLZ, ALAR, MSD, MNFH,MSAR
Ustazah : AIS, NA, SFM, HH, SSY, NDS, NHJD, KS, AMM, SMH, RI, HJ

Sekian, terima kasih.

Aisyah binti Sharudin,
Pengarah Mukhayyam Tingkatan 2 2026
SMIH JB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda