SMIHJB | MAJLIS IHTIFAL KALI KE-30 TAHUN 2026 SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU

Alhamdulillah, Majlis Ihtifal Sekolah Menengah Islam Hidayah telah berlangsung dengan jayanya seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.30 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Mutiara Johor Land

Majlis ini diadakan bagi meraikan dan menghargai pencapaian cemerlang murid dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Pelbagai anugerah telah disampaikan kepada murid yang menunjukkan prestasi membanggakan sepanjang tahun, sebagai tanda pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen mereka.

Sepanjang majlis berlangsung, suasana yang meriah dan penuh bermakna jelas dirasai dengan kehadiran para guru, ibu bapa serta murid. Majlis turut diserikan dengan persembahan tilawah al-Quran, nasyid serta persembahan khas daripada murid Tingkatan 5 Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru. Diharapkan penganjuran majlis seperti ini dapat terus menyuntik semangat kepada murid untuk berusaha dengan lebih gigih serta menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga usaha murni ini diberkati dan diteruskan pada masa akan datang.

Noraini Nasir
Pengarah,
Majlis Ihtifal kali ke-30 Tahun 2026

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda