ANUGERAH PENGHARGAAN ULANG TAHUN KE-25AWFATECH BAGI TAHUN 2025

Pada hari Selasa, bersamaan 19 Ogos 2025 bertempat di Blok B, Tingkat 5
Bangunan SME Corporation , Kuala Lumpur menjadi tarikh bersejarah bagi Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah (KOOPSMIH).

Alhmdulillah, buat julung-julung kalinya KOOPSMIH
telah menerima Jemputan Eksklusif daripada pihak Awfatech. Pada majlis tersebut, KOOPSMIH menerima anugerah berprestij yang merupakan Penghargaan Istimewa untuk senarai 20 top anugerah terbaik pelanggan Awfatech yang terdiri daripada pelbagai kategori termasuk syarikat korporat, koperasi sekolah dan tadika.

Anugerah yang diterima adalah seperti berikut:
🏆 Anugerah Bintang Cemerlang Tahun 2025

Anugerah ini merupakan pengiktirafan atas pencapaian pengurusan kewangan yang cemerlang dan usaha berterusan daripada ibu bapa, guru-guru , kakitangan koperasi dan seluruh warga sekolah yang sentiasa memberi sokongan dalam meningkatkan perkhidmatan koperasi yang terbaik untuk semua.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, pelajar, ibu bapa, serta pihak pengurusan atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan misi kecemerlangan ini.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus maju dalam bidang keusahawanan dalam pendidikan dan membina lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
“Muafakat Membawa Barakah”

Pengurusan Koperasi SMIH 2025

Anugerah Bintang Cemerlang
disampaikan oleh Encik Rizal bin Dato’ Nainy,
Ceo SME Corporation

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda