Pada 15 hingga 16 Februari 2025 yang lalu, telah berlangsung Program Orentasi Ting 1 yang dianjur oleh Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) 2024/25. Program wajib ini diadakan saban tahun bagi murid baru tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Antara objektif OSEM kali ini adalah untuk menerapkan budaya dan fikrah Islami yang memenuhi ciri-ciri insan rabbani, memperkenalkan identiti dan budaya sekolah (biah solehah) dan membina ukhuwah islamiyah dalam kalangan murid agar dapat hidup dalam suatu suasana yang saling menghormati
Program telah dilaksanakan di sekitar Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru dengan tema” Learn, Unlearn, Relearn” dengan lagu tema yang dipilih adalah “Di Bawah Langit Yang Sama” oleh D’masiv. Osem kali ini disertai oleh 168 murid baharu dengan dibantu oleh 23 fasilitator.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam OSEM 25 ialah Sesi Taaruf, Ice Breaking, Pengenalan Identiti Hidayah, Explorace, Qudwah, Muhasabah & Resolusi. Pengetua, Pn Seri Juli Emas Wati bt Adnan telah merasmikan majlis penutup dengan mengucapkan tahniah kepada murid baru kerana telah diterima masuk ke SMIH JB. Beliau juga memberi motivasi kepada murid supaya menggunakan peluang 5 tahun di bumi Hidayah untuk meningkatkan potensi diri dan menggarap peluang agar mempunyai 11 ciri Insan Rabbani.
MPPSMIHJB
PSMSMIHJB2025
PeribadiMuslimGenerasiMultazim






