Bertarikh 19 dan 20 Mei 2022 lalu telah berlangsung Mabit dan Daurah Tingkatan 2. Seramai 84 pelajar banin dan 70 pelajar banat telah hadir. Objektif mabit ini antaranya untuk membangunkan sikap tanggungjawab terhadap diri terutama pada fasa kritikal iaitu meniti usia baligh.
Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya ice-breaking, tazkirah, ceramah, Latihan Dalam Kumpulan(LDK), Qiamulail, Daurah dan Riadah. Mabit ini dikendalikan oleh pelajar PRS Ting 4 di bawah bimbingan Guru Penyelaras Tingkatan 2 terdiri dari Ust Rosmawati Ahmad, Ust Kamarul Kalam dan Ust Rapii
Melalui program Mabit dan Daurah ini pelajar dilatih melazimi amalan seperti puasa sunat, solat berjamaah, al Ma’thurat pagi dan petang, membaca surah Al Mulk sebelum tidur dan Surah Al Kahfi pada hari Jumaat. Pelajar juga dapat membina ukhuwwah di kalangan mereka melalui aktiviti yang dilaksanakan bersama-sama.