SMIHJB | MABIT DAN DAURAH TINGKATAN 2 TAHUN 2024

Alhamdulilah, pada tarikh 16 sehingga 17 Mei  2024,  Unit  Pembangunan Sahsiah Murid  (PSM) melalui Penyelaras Tarbiyah Tingkatan 2 yang terdiri daripada Ustaz Masdi, Ustaz Aziz,  Ustazah Rosmawati,  dan Ustazah Norsamsidar  telah berjaya mengadakan program Mabit dan Daurah pelajar tingkatan 2 untuk sesi tahun 2024   . Objektif Mabit dan Daurah kali ini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar  tentang pentingnya Ilmu dalam kehidupan kita sempena sambutan Hari Guru.    Program Mabit dimulakan dengan pelajar digalakkan berpuasa sunat hari Khamis  sempena dengan puasa sunat rasmi sekolah.  Pengisian Mabit diteruskan dengan penyampaian oleh saudara Muhammad Shazwan Shaifuddin untuk penyampai banin, manakala Aisyah Fadzly dan Husna Hayati Hilmi untuk penyampai banat.Tajuk mabit yang dibentangkan oleh alumni sekolah batch Acrux ialah Ilmu penyuluh kehidupan. Penyampaian yang santai seperti seorang abang dan kakak bercerita kepada adik-adik sangat mendapat sambutan yang positif daripada pelajar banin dan banat tingkatan 2. Program Mabit diteruskan lagi dengan Qiamullail secara berjemaah pada pagi jumaat.   Seterusnya , program Daurah bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga pukul 10.30 pagi. Daurah kali ini menampilkan Ustaz Anas Yaakob juga bertemakan ilmu. Penyampaian yang sangat bersemangat  dan  pengisian yang padat dengan slaid -slaid yang menarik dan paparan video berkaitan kepentingan ilmu dan menghormati guru  membuatkan pelajar tekun mendengar pengisian . Aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK ) juga dilaksanakan untuk memberi peluang kepada pelajar mencurahkan idea-idea yang bernas.  Semoga penganjuran mabit dan daurah ini memberi manfaat kepada anak-anak tingkatan 2 sebagai santapan rohani untuk bekalan menghadapi cabaran yang mendatang. Sekian terima kasih.

Penyelaras Tarbiyah T2.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda