SMIHJB | HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2024

Pada tanggal 10 Mac 2024 (Ahad), merupakan hari pertama bagi sesi persekolahan Tahun 2024 di Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru. Tahniah dan syabas kepada pelajar yang telah hadir ke sekolah dengan jayanya setelah lama mengisi masa bersama keluarga, rakan-rakan serta saudara. Kedatangan pelajar pada pagi ini disambut dengan penuh kasih sayang oleh guru-guru dan pengetua sekolah. Pihak sekolah turut mengalu-alukan kedatangan guru-guru di Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Seterusnya, perhimpunan rasmi berjalan lancar seperti biasa dengan dimulai bacaan tilawah al-Quran yang dipimpin oleh wakil MPP. Seperti biasa taklimat disampaikan oleh beberapa  orang guru bagi menyempurnakan perhimpunan pagi ini. Selain itu, tidak lupa juga ucapan kata-kata aluan, peringatan serta amanat dengan penuh mesra dan kasih sayang daripada pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah kepada semua pelajar lama dan baharu.

Pengharapan tinggi daripada guru-guru Sekolah Menengah Islam Hidayah agar pada tahun 2024 ini kita dapat melahirkan pelajar yang lebih bertaqwa serta cemerlang  di dunia dan di akhirat. Pihak Sekolah turut berbesar hati agar pelajar-pelajar baru dapat menyesuaikan diri dan selesa dengan keadaan dan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan di Sekolah Menengah Islam Hidayah ini. Semoga ilmu dan agama yang diperoleh di sekolah ini dapat menjadi benteng mereka daripada sifat mazmumah.

Jazakumullahu khairan kathira.

Hilsha Binti Hashim
Guru Bertugas

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda