SMIHJB | Program ROUMMAH SMIH JB

Pada 6 November sehingga 14 Disember 2023 telah diadakan program Remembrance Of Ummah (ROUMMAH) yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar SMIH dengan kerjasama Kelab Mycare SMIH. Pelbagai aktiviti telah diadakan di antaranya Kutipan by Batch, Ummah Talk, Pertandingan Melukis Bendera dan Clever Ummah. Semua tingkatan dan guru telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan aktiviti-aktiviti ROUMMAH. Jumlah kutipan yang berjaya dikumpul sepanjang tempoh ini ialah RM 47,355.96 termasuk yang disumbangkan oleh ibu bapa SMIH secara atas talian.

Walaupun program ROUMMAH telah melabuhkan tirainya, diharapkan kita semua tidak berhenti berkongsi tentang Palestin, tidak berhenti memboikot barangan yang menyokong Israel, tidak berhenti memberikan sumbangan wang ringgit kepada Palestin dan tidak berhenti berdoa untuk saudara-saudara kita di sana.

“MALAYSIA STAND WITH PALESTINE”

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda