SMIHJB | PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT TINGKATAN 3 2023

Pada 10 Disember 2023, Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah menganjurkan program Khidmat Masyarakat Tingkatan 3. Program ini melibatkan semua murid tingkatan 3 bergotong-royong di kawasan perumahan sekitar Surau An-Nur Kampung Sinaran Baru

Program bermula dengan sesi taklimat di sekolah dan juga di surau. Kemudian murid berpecah mengikut platun masing-masing untuk bergerak ke rumah-rumah berhampiran untuk memulakan sesi gotong-royong

Semoga program yang dijalankan dapat memberikan keyakinan kepada murid untuk berinteraksi dengan masyarakat sekeliling dan meraih ganjaran pahala dalam beramal bakti kepada orang lebih tua

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda