SMIHJB | PERTANDINGAN “ SSI SUMO ROBOTIC CHALLENGE 2023 “

Pada 29 Julai 2023, SM Islam Hidayah Johor Bharu telah menghantar pasukan robotik untuk menyertai Pertandingan “ SSI SUMO ROBOTIC CHALLENGE 2023 “ peringkat antarabangsa dengan penyertaan daripada Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Pertandingan ini telah berlangsung di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor bermula jam 08.00 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang.

Pasukan ini diwakili oleh 2 pasukan yang terdiri daripada 4 orang pelajar seperti berikut :

BILNAMA PELAJARKELASNAMA PASUKAN
1Muhammad Danial Hakim Bin Sapari4 ABQARIGUIDANCE-ALPHA
2Muhammad Irfan Danish Bin Noor Jamal3 ITTIFAQ
3Amirul Muhaimim Bin Mazlan5 ILTIZAMGUIDANCE-BETA
4Ahmad Muizz Bin Mahadzir4 ABQARI

Guidance Alpha telah melayakkan diri ke Pusingan Suku Akhir dan perlawanan sengit dengan Sekolah Menengah Tengku Kursiah, Negeri Sembilan berakhir dengan keputusan seri. Mereka tidak dapat meneruskan ke peringkat Separuh akhir disebabkan juri menetapkan pasukan yang mempunyai robot yang kurang berat diisytiharkan sebagai pemenang di mana pasukan SMIH mempunyai berat lebih 2 gram daripada pasukan tersebut.  Bagi Guidance – Beta, berada di tempat ketiga kumpulan dan tidak melayakkan diri ke peringkat Suku Akhir.

Terima Kasih kepada Pengetua SMIH Pn. Seri Juli Emas Wati binti adnan, PK Korurikulum Pn. Norhawanis binti Samion, PK Akademik Pn. Mashida Sakrani dan Jurulatih En. Azri bin Ali atas dorongan dan sokongan ke atas pasukan Robotik Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Pasukan Robotik SMIH mempunyai masa depan yang cerah dan diharapkan akan lebih cemerlang dan berjaya pada tahun hadapan.

Disediakan oleh,

Azri Ali

Guru Kelab Robotik SMIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda