SMIHJB | KEJOHANAN BOLA JARING P15 dan P18 MSSD JB 2023

Pada 25, 26 dan 27 Julai 2023 Sek.Men.Islam Hidayah JB telah menghantar dua pasukan bola jaring iaitu P15 dan P18 ke Kejohanan Bola Jaring P15 & P18 MSSD JB di Velodrome Iskandar Puteri Johor.

Bagi pasukan Bola Jaring P15 tiada rezeki untuk mereka pada tahun ini kerana terkandas awal di peringkat kumpulan lagi. Namun, pengalaman berharga dikutip untuk pemain-pemain yang baru sahaja melibatkan diri dalam arena bola jaring MSSD ini.

Pasukan Bola Jaring P18 sekolah telah mencipta rekod kedua terbaik sekolah setelah mara ke peringkat Separuh Akhir.Sebanyak 34 buah sekolah mengambil bahagian. Alhamdulillah SMIH telah mendapat Naib Johan dalam kumpulan dan melepasi perjuangan dalam Pusingan Kedua sehingga melayakkan diri ke Pusingan Suku Akhir seterusnya mara ke pusingan Separuh Akhir. Namun SMIH terpaksa akur apabila tewas tipis (11-12) sahaja dengan Sek. Men. Tun Syed Nasir dalam pusingan ini. Seterusnya, untuk penentuan tempat ke-3 dan ke-4 pertarungan yang agak sengit juga berlaku sehingga kami hanya diizinkan-Nya menjaringkan 11 mata berbanding pihak lawan 13 mata. Kami bersyukur kerana terdiri daripada 8 pasukan terbaik untuk kejohanan kali ini yang meletakkan SMIH tempat ke-4 daripada kesemua sekolah yang mengambil bahagian. Tahniah untuk para peserta yang mengharumkan nama SMIH JB. Terima kasih tidak terhingga kepada Pn. Pengetua yang banyak memberikan sokongan dan kerjasama untuk pasukan kami seterusnya kepada Pengurus Pasukan Ustazah Khadijah Salim, Jurulatih Ustazah Hanim Jasman, Cik Ruqayyah Nuruliman Ainullotfi dan Pn. Nurul Izzah Mohd Fazi serta guru pengiring Ustazah Suharti Selamat.

Berikut laporan keputusan:
Kejohanan Bola Jaring P15 MSSD JB

Peringkat Kumpulan:

SMIH VS TAMAN U
4 4 (Seri)

SMIH VS IMPIAN EMAS
3 7 (Tewas)

SMIH VS MEDINI
4 7 (Tewas)

Kejohanan Bola Jaring P18 MSSD JB 2023

Peringkat Kumpulan:

SMIH VS IMPIAN EMAS
6-7 (Tewas)

SMIH VS FOON YEW
9-8 (Menang)

SMIH VS SDARY
10-5 (Menang)
(Naib Johan Kumpulan)

Pusingan ke-2
SMIH VS MEDINI
11 – 7 ( Menang)

Pusingan Suku Akhir
SMIH VS SIGS
8-7  (menang)

Pusingan Separuh Akhir
SMIH VS TSNI
11-12 (Tewas)

Tempat ke-4
SMIH VS TASMOR
11- 13

Peserta Bola Jaring P15 dan P18 MSSD JB

Peserta Bola Jaring P18 SMIH MSSD JB

Tempat ke-4 Kejohanan Bola Jaring P18 MSSD JB

Kenangan dan hadiah terindah Bola Jaring P18 peringkat MSSD tahun 2023

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda